Hai semua...saya nak kenalkan kat kawan-kawan,ni la ayah saya yang sangat saya sayang.Ayah saya seorang
yang baik,bertanggungjawab,penyayang dan sebagainya.Dalam masa yang sama,saya jadikan ayah saya sebagai
idola saya kerana sifat-sifatnya yang tertentu membuatkan saya kagum dengannya.Salah satu sifat yang boleh saya
contohi ialah semangat dan ketabahan yang ada dalam dirinya di mana ayah saya boleh mencapai kejayaan walaupun
pendidikannya cuma sampai darjah 6 saja.Di sini saya menganggap,sesuatu kejayaan tu perlu ada usaha supaya boleh maju ke hadapan.Pada mulanya,ayah saya cuma mulakan perniagaan secara kecil-kecilan saja tapi sekarang dia berjaya
membangunkan perniagaanya dengan lebih maju.Dalam suatu perniagaan,banyak risiko dan cabaran yang perlu dihadapi
agar seseorang itu akan lebih berfikiran rasional dan inovatif dalam menghasilkan sesuatu perniagaan yang lebih cemerlang.Ayah saya sangat tegas dalam kerjanya dan dia juga sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya.Ayah saya pernah cakap,dia kata "kita perlu jaga anak-anak buah kita sebabnya diorang la yang bekerja keras dalam perniagaan ni,tanpa diorang tak mungkin perniagaan ni akan lebih maju"katanya...Oleh itu,semangat kerjasama dan juga semangat yang ada dalam diri kita akan membuatkan kita akan maju ke hadapan dan mestinya ada keberkatan daripada Allah S.W.T.... |
Betullah...tak ramai bos yang jaga kebajikan anak buah.....Semoga biznez ayah awak makin maju. :)
ReplyDelete