Semua orang di dunia ini mempunyai teman atau lebih dikenali sebagai kawan.Kawan boleh diibaratkan seperti adik beradik kita sendiri.Kita mesti pandai dalam memilih kawan kerana pada era globalisasi ini terdapat ramai "kawan makan kawan".Istilah ini sering kita dengar di mana tiada keikhlasan di dalam hubungan persahabatan itu.Pada masa sekarang susah nak kenal hati budi seseorang dan susah untuk mencari teman yang sanggup berkongsi kesedihan dan kegembiraan.Mak saya pernah cakap "kawan ketawa senang cari tetapi kawan menangis susah dicari",ini maksudnya keikhlasan dan kejujuran seseorang dalam persahabatan.Di samping itu,saya mempunyai tiga orang kawan baik iaitu Wan Nor Faradyba,Anis Hanisah dan Syafira Fatini.Kami mula berkawan baik dari tinkatan 4 lagi dan banyak kenangan manis yang susah nak dilupakan.Kadang-kadang tu rasa sedih pon ada kalau terfikirkan kenangan lepas bersama diorang.Rasa nak sekolah lagi....
Tapi apa boleh buat,masa berlalu dengan pantasnya dan tanpa disedari umur pon dah meningkat.Kawan-kawan saya tu semuanya masih keanak-anakan lagi walhal umur dah 18 tahun.Sekarang kita orang semua dah berpisah di mata tetapi di hati masih kekal selamanya dan masing-masing sedang sibuk sambung belajar di Matrikulasi Gopeng dan UITM Seri Iskandar.Di sekolah,semua orang kenal kami sampaikan cikgu-cikgu pon sudah tahu ke mana sahaja kami pergi mesti bersama-sama.Kalau dalam kelas pula,kami suka bergosip masa cikgu mengajar,sampaikan cikgu pon dah tak larat nak tegur...Sudah menjadi rutin di dalam kelas tapi kitaorang suka buat hal sendiri dan tak pernah pon nak kacau hidup orang...Kami ceria dan budak-budak kelas pon ceria...Antara kami 4 orang,faradyba la yang suka buat orang gelak sampai keras perut...Ada sahaja celotehnya tapi seronokla...dalam kegembiraan ada juga yang sedih tapi kiteorang tolong-menolong antara satu sama lain sebabnya tak sanggup nak tengok kawan sendiri bersedih...
Bagi saya,diorang la kawan terbaik saya yang pernah saya kenali dan tak menyesal mengenali orang seperti mereka.Kesimpulannya,pandai-pandaila dalam memilih kawan kerana dalam situasi sekarang sebagai seorang mahasiswa perlu berdikari tanpa keluarga di sisi jadi kawan-kawan di sini la yang akan menolong kita samada masa susah ataupun senang.Kawan-kawan di UPSI pun "best"sangat-sangat....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment