Blogger Backgrounds

Sunday, 11 September 2011

Keluargaku Syurgaku

AYAHKU IDOLAKU

Hai semua...saya nak kenalkan kat kawan-kawan,ni la ayah saya yang sangat saya sayang.Ayah saya seorang
yang baik,bertanggungjawab,penyayang dan sebagainya.Dalam masa yang sama,saya jadikan ayah saya sebagai
idola saya kerana sifat-sifatnya yang tertentu membuatkan saya kagum dengannya.Salah satu sifat yang boleh saya
contohi ialah semangat dan ketabahan yang ada dalam dirinya di mana ayah saya boleh mencapai kejayaan walaupun
pendidikannya cuma sampai darjah 6 saja.Di sini saya menganggap,sesuatu kejayaan tu perlu ada usaha supaya boleh maju ke hadapan.Pada mulanya,ayah saya cuma mulakan perniagaan secara kecil-kecilan saja tapi sekarang dia berjaya
membangunkan perniagaanya dengan lebih maju.Dalam suatu perniagaan,banyak risiko dan cabaran yang perlu dihadapi
agar seseorang itu akan lebih berfikiran rasional dan inovatif dalam menghasilkan sesuatu perniagaan yang lebih cemerlang.Ayah saya sangat tegas dalam kerjanya dan dia juga sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya.Ayah saya pernah cakap,dia kata "kita perlu jaga anak-anak buah kita sebabnya diorang la yang bekerja keras dalam perniagaan ni,tanpa diorang tak mungkin perniagaan ni akan lebih maju"katanya...Oleh itu,semangat kerjasama dan juga semangat yang ada dalam diri kita akan membuatkan kita akan maju ke hadapan dan mestinya ada keberkatan daripada Allah S.W.T.... 

Saturday, 10 September 2011



Ni ialah sepupu-sepupu aku yang gila-gila dan "sporting"...happy bersama dengan diorang...kalau jumpa mesti kecoh punya...banyak cerita yang nak dibualkan...masa yang paling seronok masa balik kampung la....sampai 2 3 pagi baru nak tido...kiteorang la cucu atuk dan opah yang paling ceria..hehehe....walaupun kiteorang tak sama umur tapi jiwa tetap serasi...memang tak boleh lupa la saat-saat bersama diorang....pahit manis kiteorang kongsi sama-sama...saya tak nak kehilangan diorang sebab saya sayang sangat kat diorang....

JUMAAT (9.10.2011)

Pada petang Jumaat (9.10.2011),kelas Bahasa Melayu dibatalkan jadi boleh la saya siapkan assignment Titas tapi petang tu hujan lebat sangat-sangat dan kilat memancar menyebabkan saya rasa takut...dah la saya tinggal sorang masa tu...kawan-kawan yang lain semua pergi kelas....jadi nak buat assignment pon terbantut....pada masa yang sama,saya rasa tertekan sangat sebabnya banyak assignment yang nak kena hantar dalam minggu akhir ni....Sejurus kemudian,saya terus "call" kakak saya dan saya cakap nak balik sambil nangis-nangis,tak dapat lagi nak tahan sebak di dada...nak call mak tak sampai hati sebabnya saya tak nak bagi mak saya risau kalau dia tahu saya nangis teruk hari tu...jadi saya ambil keputusan balik ke rumah kakak di Ipoh pada petang Jumaat tu juga...saat-saat macam ni saya perlu keluarga ada dekat dengan saya supaya dapat hilangkan rasa tertekan tu...nasib baik la rumah kakak tak jauh dari sini....dalam masa sejam dah boleh sampai...


Selepas tu,saya terus pergi beli tiket bas malangnya tiket bas da habis....sedih sangat...jadi saya pulang ke bilik dan cepat-cepat bersiap dan terus pergi ke KTM untuk beli tiket...saya ke sana ditemani kawan saya iaitu Jesica dan saya berterima kasih sangat dekat dia sebab sanggup teman saya balik ke rumah kakak...kiteorang sampai kat KTM pukul 7.40 tapi tiket awal tak ada la plak...so kiteorang naik ETS pukul 10.15...sambil tunggu tu kiteorang siapkan assignment so tak la buang masa...akhirnya kiteorang sampai ke Ipoh dalam pukul  11.30....lega rasanya dan hilang sikit rasa tertekan tu....





Tuesday, 6 September 2011

Saya dan Anis Hanisah (kawan baik)sayang dia sangat-sangat.
Masa ni hari yang paling bertuah sekali sebabnya sesiapa yang terpilih saja yang
dapat anugerah ni.Majlis ni dilangsungkan secara besar-besaran di Dewan Serbaguna Grik
dan ramai ibu bapa yang turut hadir dalam majlis tersebut.Ibu bapa pelajar-pelajar tersenyum indah pada
masa tu sebabnya bangga dengan kejayaan anak diorang begitu juga dengan mak ayah saya.Bagi
seorang Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),ayah saya sangat gembira pada masa tu
bila nama saya diumumkan untuk ambil anugerah tersebut.Saya pun gembira dan terharu kerana
dapat anugerah hasil usaha saya masa di sekolah dahulu.
Ni salah satu tempat yang menarik di Hong Kong iaitu Disneyland.
Macam-macam game ada di sini contohnya Adventure Land,Fantacy Land  dan sebagainya.
Memang best!!Tempat ni sesuai untuk semua tak kira muda ataupun tua.Tempat ni jadi tumpuan
semua pelancong yang datang melancong ke Hong Kong.
Masa ni kite orang pegi melancong ke Hong Kong.Best sangat-sangat.
Kalau diberi peluang lagi mesti nak pegi lagi...tapi kena belajar rajin-rajin dulu...
Dah kerja nanti baru seronok sebabnya pergi dengan duit sendiri baru ada nikmatnya...

Monday, 15 August 2011

Kawanku,kehidupanku....

Semua orang di dunia ini mempunyai teman atau lebih dikenali sebagai kawan.Kawan boleh diibaratkan seperti adik beradik kita sendiri.Kita mesti pandai dalam memilih kawan kerana pada era globalisasi ini terdapat ramai "kawan makan kawan".Istilah ini sering kita dengar di mana tiada keikhlasan di dalam hubungan persahabatan itu.Pada masa sekarang susah nak kenal hati budi seseorang dan susah untuk mencari teman yang sanggup berkongsi kesedihan dan kegembiraan.Mak saya pernah cakap "kawan ketawa senang cari tetapi kawan menangis susah dicari",ini maksudnya keikhlasan dan kejujuran seseorang dalam persahabatan.Di samping itu,saya mempunyai tiga orang kawan baik iaitu Wan Nor Faradyba,Anis Hanisah dan Syafira Fatini.Kami mula berkawan baik dari tinkatan 4 lagi dan banyak kenangan manis yang susah nak dilupakan.Kadang-kadang tu rasa sedih pon ada kalau terfikirkan kenangan lepas bersama diorang.Rasa nak sekolah lagi....




Tapi apa boleh buat,masa berlalu dengan pantasnya dan tanpa disedari umur pon dah meningkat.Kawan-kawan saya tu semuanya masih keanak-anakan lagi walhal umur dah 18 tahun.Sekarang kita orang semua dah berpisah di mata tetapi di hati masih kekal selamanya dan masing-masing sedang sibuk sambung belajar di Matrikulasi Gopeng dan UITM Seri Iskandar.Di sekolah,semua orang kenal kami sampaikan cikgu-cikgu pon sudah tahu ke mana sahaja kami pergi mesti bersama-sama.Kalau dalam kelas pula,kami suka bergosip masa cikgu mengajar,sampaikan cikgu pon dah tak larat nak tegur...Sudah menjadi rutin di dalam kelas tapi kitaorang suka buat hal sendiri dan tak pernah pon nak kacau hidup orang...Kami ceria dan budak-budak kelas pon ceria...Antara kami 4 orang,faradyba la yang suka buat orang gelak sampai keras perut...Ada sahaja celotehnya tapi seronokla...dalam kegembiraan ada juga yang sedih tapi kiteorang tolong-menolong antara satu sama lain sebabnya tak sanggup nak tengok kawan sendiri bersedih...






Bagi saya,diorang la kawan terbaik saya yang pernah saya kenali dan tak menyesal mengenali orang seperti mereka.Kesimpulannya,pandai-pandaila dalam memilih kawan kerana dalam situasi sekarang sebagai seorang mahasiswa perlu berdikari tanpa keluarga di sisi jadi kawan-kawan di sini la yang akan menolong kita samada masa susah ataupun senang.Kawan-kawan di UPSI pun "best"sangat-sangat....

Monday, 1 August 2011

CUTI MID SEM....

Hye hye hye.....macam mana dengan cuti korang baru2 nie....best ke tak?Urm....bagi saya cuti baru2 nie tak berapa best la because masa dekat rumah tak lama....kalau tak saya dengan keluarga rancang nak pergi bercuti tapi tak kesampaian sebab ayah saya kena serangan jantung dan kena stay dekat wad hampir seminggu jugak la...so masa cuti, saya habiskan masa dekat KPJ IPOH SPECIALIST je....nak shopping pon tak de mood sebabnya tak sampai hati tengok keadaan ayah macam tu...assignment pon wat last minute je sebabnye hari tu tak rancang pon nak stay dekat hospital tu so pergi pon sehelai sepinggang je...yang paling best kiteorang adik beradik pakai baju  yang sama je untuk dua hari...lepas tu baru la pergi jusco beli baju untuk beberapa hari lagi tu...urm...ikut hati nak balik rumah nak buat assignment tapi berbelah bahagi la plak....risau tengok ayah dalam keadaan macam tu...yang paling sedih sekali waktu ayah nak buat operation,macam-macam nasihat dan pesanan ayah bagi sampaikan ayah sendiri pon mengalirkan air mata....alhamdulillah operation tu berjalan dengan lancar dan esoknya pada hari Sabtu ayah dan kiteorang adik beradik  gerak balik ke rumah...so sehari je la habiskan masa dekat rumah...sangat2 penat because tengok assignment yang tak siap2 lagi....begitula stiry saya untuk cuti mid sem baru-baru ini....

Monday, 18 July 2011

MY LIFE....
Hi...sebelum tu saya nak introduce myself...nama saya Nurul Fathiha bimti Abu Hassan Shaari...
saya asal dari Grik Perak....i'm homesick!!i wanna back to Grik...sekarang kehidupan saya sudah berubah,di mana saya terpaksa hidup berdikari tanpa mak dan ayah yang sangat saya cintai...tapi saya mesti kuat untuk meneruskan hidup ini bagi mencapai cita-cita saya dan harapan ibu bapa saya....must be strong!!!sebelum ni saya tak pernah berjauhan dengan family saya so beratla juga nak hadapi semua ni...by the way my life in UPSI so far so good la...i"ll try the best!!bagi saya UPSI nie best sebab suasananya tenang dan dapat menenangkan fikiran saya la..hehehe....