Blogger Backgrounds

Sunday, 11 September 2011

Keluargaku Syurgaku

AYAHKU IDOLAKU

Hai semua...saya nak kenalkan kat kawan-kawan,ni la ayah saya yang sangat saya sayang.Ayah saya seorang
yang baik,bertanggungjawab,penyayang dan sebagainya.Dalam masa yang sama,saya jadikan ayah saya sebagai
idola saya kerana sifat-sifatnya yang tertentu membuatkan saya kagum dengannya.Salah satu sifat yang boleh saya
contohi ialah semangat dan ketabahan yang ada dalam dirinya di mana ayah saya boleh mencapai kejayaan walaupun
pendidikannya cuma sampai darjah 6 saja.Di sini saya menganggap,sesuatu kejayaan tu perlu ada usaha supaya boleh maju ke hadapan.Pada mulanya,ayah saya cuma mulakan perniagaan secara kecil-kecilan saja tapi sekarang dia berjaya
membangunkan perniagaanya dengan lebih maju.Dalam suatu perniagaan,banyak risiko dan cabaran yang perlu dihadapi
agar seseorang itu akan lebih berfikiran rasional dan inovatif dalam menghasilkan sesuatu perniagaan yang lebih cemerlang.Ayah saya sangat tegas dalam kerjanya dan dia juga sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya.Ayah saya pernah cakap,dia kata "kita perlu jaga anak-anak buah kita sebabnya diorang la yang bekerja keras dalam perniagaan ni,tanpa diorang tak mungkin perniagaan ni akan lebih maju"katanya...Oleh itu,semangat kerjasama dan juga semangat yang ada dalam diri kita akan membuatkan kita akan maju ke hadapan dan mestinya ada keberkatan daripada Allah S.W.T.... 

Saturday, 10 September 2011



Ni ialah sepupu-sepupu aku yang gila-gila dan "sporting"...happy bersama dengan diorang...kalau jumpa mesti kecoh punya...banyak cerita yang nak dibualkan...masa yang paling seronok masa balik kampung la....sampai 2 3 pagi baru nak tido...kiteorang la cucu atuk dan opah yang paling ceria..hehehe....walaupun kiteorang tak sama umur tapi jiwa tetap serasi...memang tak boleh lupa la saat-saat bersama diorang....pahit manis kiteorang kongsi sama-sama...saya tak nak kehilangan diorang sebab saya sayang sangat kat diorang....

JUMAAT (9.10.2011)

Pada petang Jumaat (9.10.2011),kelas Bahasa Melayu dibatalkan jadi boleh la saya siapkan assignment Titas tapi petang tu hujan lebat sangat-sangat dan kilat memancar menyebabkan saya rasa takut...dah la saya tinggal sorang masa tu...kawan-kawan yang lain semua pergi kelas....jadi nak buat assignment pon terbantut....pada masa yang sama,saya rasa tertekan sangat sebabnya banyak assignment yang nak kena hantar dalam minggu akhir ni....Sejurus kemudian,saya terus "call" kakak saya dan saya cakap nak balik sambil nangis-nangis,tak dapat lagi nak tahan sebak di dada...nak call mak tak sampai hati sebabnya saya tak nak bagi mak saya risau kalau dia tahu saya nangis teruk hari tu...jadi saya ambil keputusan balik ke rumah kakak di Ipoh pada petang Jumaat tu juga...saat-saat macam ni saya perlu keluarga ada dekat dengan saya supaya dapat hilangkan rasa tertekan tu...nasib baik la rumah kakak tak jauh dari sini....dalam masa sejam dah boleh sampai...


Selepas tu,saya terus pergi beli tiket bas malangnya tiket bas da habis....sedih sangat...jadi saya pulang ke bilik dan cepat-cepat bersiap dan terus pergi ke KTM untuk beli tiket...saya ke sana ditemani kawan saya iaitu Jesica dan saya berterima kasih sangat dekat dia sebab sanggup teman saya balik ke rumah kakak...kiteorang sampai kat KTM pukul 7.40 tapi tiket awal tak ada la plak...so kiteorang naik ETS pukul 10.15...sambil tunggu tu kiteorang siapkan assignment so tak la buang masa...akhirnya kiteorang sampai ke Ipoh dalam pukul  11.30....lega rasanya dan hilang sikit rasa tertekan tu....





Tuesday, 6 September 2011

Saya dan Anis Hanisah (kawan baik)sayang dia sangat-sangat.
Masa ni hari yang paling bertuah sekali sebabnya sesiapa yang terpilih saja yang
dapat anugerah ni.Majlis ni dilangsungkan secara besar-besaran di Dewan Serbaguna Grik
dan ramai ibu bapa yang turut hadir dalam majlis tersebut.Ibu bapa pelajar-pelajar tersenyum indah pada
masa tu sebabnya bangga dengan kejayaan anak diorang begitu juga dengan mak ayah saya.Bagi
seorang Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),ayah saya sangat gembira pada masa tu
bila nama saya diumumkan untuk ambil anugerah tersebut.Saya pun gembira dan terharu kerana
dapat anugerah hasil usaha saya masa di sekolah dahulu.
Ni salah satu tempat yang menarik di Hong Kong iaitu Disneyland.
Macam-macam game ada di sini contohnya Adventure Land,Fantacy Land  dan sebagainya.
Memang best!!Tempat ni sesuai untuk semua tak kira muda ataupun tua.Tempat ni jadi tumpuan
semua pelancong yang datang melancong ke Hong Kong.
Masa ni kite orang pegi melancong ke Hong Kong.Best sangat-sangat.
Kalau diberi peluang lagi mesti nak pegi lagi...tapi kena belajar rajin-rajin dulu...
Dah kerja nanti baru seronok sebabnya pergi dengan duit sendiri baru ada nikmatnya...